LAGU raya Serumpun nyanyian Mimi Fly menjadi bualan ramai meskipun baru dilancarkan di saluran YouTube miliknya pada Sabtu lalu.
Rata-rata tidak senang dengan penampilan Mimi yang dilihat berkemban dalam muzik video lagu berkenaan yang dianggap tidak sopan untuk sebuah lagu tema hari raya.
Menjawab mengenai perkara itu, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 38, berkata dia berlapang dada menerima segala komen negatif daripada netizen mengenai muzik videonya.
Mimi terharu apabila lagu Serumpun berjaya tambat hati pendengar.