KONSERT minggu keenam Gegar Vaganza 11 (GV11) penuh kejutan apabila dua peserta iaitu Illa Sabry dan Reshmonu tersingkir pada malam Ahad.
Illa yang menyampaikan lagu Bunga nyanyian asal Ara Johari sementara Reshmonu membawakan lagu Getaran Jiwa gagal menambat hati juri sekaligus mendapat kedudukan tercorot.
Reshmonu dan Illa sebelum meninggalkan pentas selepas diumumkan tersingkir sempat berterima kasih kepada juri dan penyokong mereka.
Reshmonu mahu terus berkarya selepas tersingkir GV11.