MUZIK video (MV) terbaharu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Magis menerima pelbagai reaksi penonton antaranya mengenai lokasi penggambaran MV berkenaan.
Menerusi perkongsian video disebalik tabir yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen terkejut melihat rakaman tersebut yang pada mulanya dianggap dilakukan di sebuah gereja.
Dalam perkongsian yang dibuat, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, dilihat menggayakan busana rona kuning dan diiringi beberapa orang wanita yang masing-masing duduk di barisan kerusi.
Netizen memberi pelbagai reaksi berbeza terhadap muzik video Magis.