PERKONGSIAN pelakon Ben Amir memegang anjing menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.
Tampil memberi penjelasan, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, memberitahu anjing tersebut merupakan haiwan penjaga perjalanannya sepanjang misi mendaki ke Everest Base Camp.
“Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami.
Ben kini dalam misi mendaki Everest Base Camp.