PENYANYI Liza Hanim menyifatkan tindakan segelintir netizen yang sesuka hati meninggalkan komen berbaur negatif di media sosial sebagai tiada adab.
Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 44, berkata, dia terbuka sekiranya ada ingin menyuarkan pendapat atau meninggalkan komen negatif namun lakukan dengan cara beradab.
Katanya, masyarakat Malaysia seperti tidak menerapkan nilai-nilai murni sehingga sanggup mengutuk tanpa memikirkan perasaan orang lain.