PENAMPILAN penyanyi Daiyan Trisha semasa menghadiri konsert Dua Lipa di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu mengundang kecaman netizen.
Menjawab kritikan itu, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, memilih untuk menyekat akaun yang meninggalkan komen negatif kerana dianggap tidak memberikan sebarang manfaat.
Kata Daiyan, netizen berkenaan tidak mengikutinya di Instagram, sebaliknya sibuk mencari kesilapannya.
Daiyan berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya pada Isnin.