VOKALIS Spider iaitu Tam berkongsi perkembangan kesihatan gitaris kumpulan berkenaan iaitu Napie yang sebelum ini dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat serangan angin ahmar pada Julai lalu.
Kata Tam, 50, Napie kini berada dalam keadaan sangat lemah selepas menjalani pembedahan otak pada 27 Julai lalu.
“Napie baru selesai pembedahan, sudah tentu untuk tahun ini dia tidak dapat nak terlibat sekali.
Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024.