KETIKA kerjaya seni semakin berkembang baik, penyanyi Aisha Retno tidak menafikan ada rakan dalam industri seakan-akan kurang senang melihat pencapaiannya.
Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, dia berasa kecewa dengan perubahan sikap seorang rakan artis senior yang dilihat cuba menjauhkan diri secara tiba-tiba.
“Saya tidak tertekan dengan netizen kerana sudah biasa menghadapi mereka tetapi saya agak kecewa dengan rakan industri yang cuba menunjukkan sikap kedengkian.