PENGACARA Nadia Annuar berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua individu yang menunggang motosikal ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 39, berkata, kejadian berlaku dengan pantas sehingga dia tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal berkenaan yang memecahkan tingkap keretanya.
“Saya ingatkan kereta kena langgar tapi tiba-tiba dengan pantas motosikal lalu dan saya tengok beg saya sudah tiada.
Nadia memberitahu tidak mengalami kerugian besar akibat disamun.