PELAWAK dan penyampai radio Nabil Ahmad tidak menyedari aurat isterinya terdedah ketika membuat panggilan video yang turut dikongsi di laman sosial Era FM.
Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42, dia juga tidak menyangka perkara tersebut menjadi bualan ramai sehingga ramai yang memberi kecaman terhadapnya dan isteri iaitu Nazirah Ayub.
“Saya terlepas dan ia tidak sengaja. Ketika itu saya nampak dia (isteri) macam pakai tudung. Saya pun tidak tahu video itu viral.
Nabil janji lebih berhati-hati.