TATKALA sibuk mencari calon isteri yang sesuai, pelakon Nabil Aqil sebaliknya memberitahu dia menjadi buruan lelaki selepas menerima banyak kiriman mesej di aplikasi TikTok.
Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 26, berkata dia sendiri tidak mengetahui mengapa lebih ramai lelaki menghubunginya berbanding wanita.
“Saya pun tak faham kenapa lebih ramai lelaki yang mesej saya berbanding perempuan. Kebanyakannya meletakkan harapan tinggi untuk ajak saya keluar, ada yang sekadar bertanya khabar.
Nabil berkongsi antara mesej-mesej yang diterima.