KISAH seorang penghantar makanan berjalan kaki selepas motosikal miliknya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mendapat perhatian personaliti media sosial, Aisar Khaled.
Simpati nasib pemuda bernama Syahrul itu, Aisar, 23, bermurah hati menghadiahkan sebuah motosikal baharu jenama Yahama LC.
“Kejutan motosikal kepada rider yang kehilangan motosikalnya kena sita oleh pihak berkuasa,” katanya.
Seorang rider terpaksa berjalan kaki selepas motosikal dinaiki disita oleh JPJ.