SELEPAS menjalani prosedur angiogram sebanyak tiga kali, pelakon Zamarul Hisham memberitahu tiga saluran jantungnya kini sudah kembali pulih seperti sediakala.
Zamarul atau nama penuhnya Zamarul Hisham Mohamed, 54, berkata dia juga boleh melakukan rutian harian dengan bersenam sebagai persiapan diri untuk filem terbaharu.
“Alhamdulillah saya sudah beransur okay selepas lakukan angiogram kali ketiga pada April lalu. Saya sudah pergi ke gim dan mula bersenam serta kembali berkerja,” katanya kepada mStar.

Zamarul kembali aktif bersukan.






