BEKAS suami pelakon Mawar Rashid berpendapat jika sesuatu hubungan itu tidak berbaloi dipertahankan maka perpisahan adalah jalan terbaik.
Raf atau Raden Ahmad Yaakob, 38, berkata, seseorang itu perlu menerima takdir yang sudah tertulis dan cuba meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.
Pun begitu kata Raf, jika hubungan itu berbaloi dipertahankan maka perlu berusaha sehabis baik untuk mengekalkannya.
Raf banyak menyibukkan diri untuk ‘move on’ dengan perkara yang berlalu.