KERAP berkongsi mengenai pergolakan yang berlaku di bumi Palestin, pelakon Mimi Lana berkata dia menyokong penuh gerakan Blockout 2024.
Kata Mimi, 29, sekiranya kempen itu dapat memberikan tekanan kepada jenama-jenama yang sememangnya menyokong Zionis, maka gerakan itu dilihat sebagai satu langkah yang sangat baik.
“Benda ini dah berlaku lama (Blockout 2024) dan saya menyedari tentang Blockout 2024. Saya rasa, rakyat Malaysia pun menyedari isu ini. Kita semua juga berpihak kepada Palestin.
Mimi antara selebriti yang aktif berkongsi keprihatinan tentang isu Palestin.