PELAKON Mimi Lana sempat mengirimkan doa kepada bekas teman lelakinya Syafiq Kyle ketika aktor itu mengerjakan umrah pada awal April lalu.
Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, berkata, walaupun sudah tidak bersama namun dia juga sentiasa mendoakan perkara yang baik buat Syafiq.
“Alhamdulillah saya pun memang ada minta dia doakan saya bila dapat tahu dia ke Makkah.