PERNAH melalui fasa sukar sehingga terpaksa menjual banyak harta miliknya, pengalaman melakukan persembahan jalanan atau busking di Bukit Bintang, Kuala Lumpur membuatkan penyanyi Zahid Baharuddin kembali bangkit.
Merupakan juara program Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 44, memberitahu ketika itu dia mengetepikan segala ego demi kelangsungan hidup.
Katanya kegagalan dalam perkahwinan pertama juga memberi tamparan hebat sehingga membuatkan hidupnya ketika itu tidak terurus.