MELANCONG menaiki pesawat atau kereta api laju menuju destinasi idaman mungkin sudah dianggap sebagai satu kebiasaan bagi sesetengah individu.
Namun percutian di atas kapal pelayaran mewah sambil menyaksikan konsert penyanyi kesayangan ternyata memberi pengalaman unik dan berbeza.
Pada malam Isnin lalu, penulis sendiri berpeluang merasai keseronokan itu apabila dibawa belayar dari Singapura ke Melaka sebelum berpatah balik ke Kota Singa menaiki Genting Dream Cruise.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Apa lebih istimewa, pelayaran itu turut diserikan dengan persembahan daripada dua penyanyi terkenal Malaysia iaitu Tomok dan Siti Nordiana.
Tomok dan Siti Nordiana memberikan persembahan bertenaga pada malam tersebut.
Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan malah masih terniang-niang keseronokan dan kehebatan mereka menghiburkan peminat di atas kapal pelayaran.
Bukan sahaja 600 penonton yang turut sama dalam pelayaran itu, malah Tomok dan Siti Nordiana sendiri berperasaan sama sepanjang mengadakan persembahan eksklusif Live Music @ Sea.
Sepanjang 90 minit persembahan itu berlangsung, semua penonton sama-sama menyanyikan lagu disampaikan Tomok dan Siti Nordiana.
Kemunculan Siti Nordiana atau mesra disapa Nana dengan lagu Benang Emas sudah cukup membuatkan penonton ‘histeria’ dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana dan Tomok tak sabar buat persembahan atas kapal persiaran, mahu cipta kenangan manis bersama peminat
ARTIKEL BERKAITAN: New Boyz tak pernah bubar, elak kerap bersama bimbang peminat bosan… Tomok ada sebab pilih Siti Nordiana buat konsert
Nana turut menghiburkan penonton menerusi lagu popularnya seperti Cinta Hanya Sandaran, Angkara, Hatiku Milikmu dan Terus Mencintaimu.
Nana juga mengimbau kenangan semasa All Star Gegar Vaganza dengan membawakan lagu Britney Spears iaitu Baby One More Time.
Tomok kemudiannya tampil dengan lagunya iaitu Rockstar Junior, Meraung, Sejarah Mungkin Berulang, dan Hanya Tinggal Sejarah.
Vokalis kumpulan Newboyz itu juga sempat menggamatkan pentas dengan lagu Apa Dah Jadi daripada Allahyarham Tan Sri SM Salim dan medley lagu C.I.N.T.A dan Bahalol dendangan asal XPDC.
Tomok dan Nana membuat persembahan di atas kapal pelayaran.
Di akhir persembahan, Tomok dan Nana buat pertama kalinya berduet menyanyikan lagu Memori Berkasih dan Paling Comel yang pernah dipopularkan Nana bersama Allahyarham Achik Spin.
Pasangan itu juga turut mendendangkan lagu terbaharu mereka berjudul Memori Mungkin Berulang.
“Tenaga daripada penonton buat saya terkejut dan Alhamdulillah kita dapat respon yang baik daripada penonton.
“Pengalaman pertama buat persembahan di atas kapal persiaran dengan kehadiran penonton yang ramai betul-betul buat saya gembira,” kata Tomok.
Macam impian jadi kenyataan sebab dapat ‘perform’ di tengah lautan.
SITI NORDIANA
PENYANYI
Sementara itu, Nana pula menyifatkan peluang untuk mengadakan persembahan di atas kapal Genting Dream Cruise sebagai impian menjadi kenyataan.
“Saya pernah naik kapal ini tetapi sebagai penonton di Zodiac Theater tapi kali ini berbeza sebab dapat buat persembahan. Macam impian jadi kenyataan sebab dapat ‘perform’ di tengah lautan.
“Pada mulanya agak risau juga sebab yang datang adalah daripada pelbagai bangsa tapi Alhamdulillah, mereka tahu lagu-lagu ‘leman’ saya dan Tomok,” ujarnya.
Kedua-dua penyanyi ini juga menganggap persembahan itu sebagai ‘pemanas badan’ sebelum konsert Tomok & Siti Nordiana: Memori Mungkin Berulang yang bakal berlangsung pada 1 Februari ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!