SERING mengalami kesakitan pada bahagian mata apabila terdedah cahaya, pelawak Saiful Apek bagaimanapun berkata dia belum terfikir untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata dia takut untuk bertemu pakar dan sanggup mengenakan dua jenis kaca mata bagi kegunaan harian.
Mata Apek banyak terdedah dengan sinaran cahaya ketika muda.
“Mungkin saya takut untuk buat rawatan bagi baik pulih mata.