LAMA menyepi sejak menjuarai program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada tahun 2012, penyanyi Uchop Ahmad memberitahu dirinya masih aktif dalam bidang nyanyian.
Meskipun namanya kurang dikenali, Uchop atau Mohd Yusof Ahmad, 40, berkata dia masih menerima tawaran nyanyian di acara-acara kecil dan persendirian.
“Saya masih ada dalam industri cuma kurang perhatian daripada pihak radio mahupun televisyen. Ada masuk tapi tidak selalu.
Uchop terkenal dalam kalangan budak motorsikal.