PELAKON Mas Khan hilang sabar apabila ada individu mendakwa dia seorang kaki pukul perempuan.
Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 30, berkata, selama ini dia tidak pernah peduli sekiranya difitnah namun dakwaan kaki pukul disifatkan sebagai sudah melampaui batas.
“Assalamualaikum, selamat pagi semua. Aku rasa akulah orang yang paling tak ambil peduli bila netizah fitnah dan ‘bantai’ saya. Tetapi kali ini sudah melampau.