KEMUNCULAN pasangan adik-beradik Shila Amzah dan Syahir Amzah sekali lagi gagal mendapat perhatian juri apabila persembahan minggu kelima pertandingan Famili Duo musim ketiga mendapat kritikan hebat juri.
Juri tetap, Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy memberitahu banyak kesilapan dilakukan dua beradik itu sehingga membuatkan dia berasa ingin pengsan.
“Tolong saya boleh, Mummy nak pengsan. Saya tahu awak menyanyi dengan bagus.