PERKONGSIAN peserta program One In A Million (OIAM) iaitu Marygrace tentang mendiang bapanya mati dibunuh ketika dia berusia sembilan tahun menyentuh perasaan penonton.
Masih trauma dengan insiden tersebut, Marygrace, 24, berkata, kejadian itu berlaku di hadapannya berserta seorang lagi adiknya di rumah mereka di Keningau, Sabah.
Perbuatan kejam itu juga kata Marygrace turut dilakukan sendiri oleh rakan mendiang bapanya.
Marygrace saksi bapanya dibunuh ketika usia sembilan tahun.