DIDAKWA mengetepikan ibu sendiri mengenai berita kematian bayi sulungnya, anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Danial tampil menjawab salah faham mengenai perkara tersebut.
Jelas Marissa, 19, bukan niatnya membelakangkan ibu sendiri namun suaminya iaitu Ahmad Aslam lebih selesa berkomunikasi dengan bapanya, aktor Norman Hakim.
Malah kata Marissa, dia tidak pernah bermasam muka dengan Abby malah sentiasa cuba menjaga hubungan baik dengan ibunya.
Aslam (kiri) lebih selesa berkongsi masalah bersama bapa mentua.