PENYEBARAN video sedang bersenam di gimnasium memberikan kesan besar kepada penyanyi Luqman Faiz sehingga ada yang mempersoalkan seksualitinya.
Apa yang membuatkan Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 24, lebih marah apabila dia mula dipandang serong kerana ada yang menyangka dia mengamalkan hubungan sejenis.
“Sebab ada yang kongsi video aku dan guna sebagai content gay, aku pergi kelas, pergi ke mana-mana orang persoalkan seksualiti aku.
Penyebaran video Luqman menimbulkan salah faham banyak pihak.