PELAKON Mak Jah tidak menyangka kisahnya sedang berdepan kesukaran hidup akibat masalah kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terkejut menerima kunjungan wakil pemimpin negara itu, Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, memberitahu dia tidak dapat menahan air mata tatkala rumahnya dihadiri tetamu pada pagi Rabu.
Syukur atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan, Mak Jah spontan melakukan sujud syukur selepas pihak berkenaan pulang daripada lawatan itu.
Mak Jah menerima sumbangan yang disampaikan melalui wakil PM.