DEMI memastikan cita-cita Talita menjadi seorang penyanyi terlaksana, pelawak Shuib mendapatkan khidmat nasihat daripada individu rapat dengan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, dia sudah pun bertemu dengan komposer Ajai dan Aidit Alfian yang pernah menghasilkan lagu untuk Siti Sarah bagi membincangkan hala tuju anak perempuannya.
Kata Shuib, dia mendapatkan nasihat Ajai dan Aidit kerana mereka merupakan individu penting dalam karier Allahyarham.
Persembahan Talita sentuh raih pujian ramai.