USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri disindir netizen sebagai ‘Terpaling Pearl’ susulan melontarkan pandangan aksesori itu tidak sesuai dipadankan dengan fabrik denim.
Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, sebaliknya berkata, video tular di media sosial itu hanya memaparkan sedutan yang sudah disunting dan tidak menunjukkan penjelasan panjang dibuatnya.
“Mungkin sebab video pendek yang netizen sunting itu membuatkan mereka hanya melihat sedikit sahaja sedutan penerangan saya.