PENYANYI Shila Amzah berdepan detik cemas apabila kereta miliknya hampir berlanggar dengan sebuah lori dengan muatan kontena di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke selatan pada pagi Jumaat.
Menceritakan kejadian tersebut, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, pemandu lori tersebut memotong untuk masuk ke lorong kanan tanpa memberikan isyarat menukar laluan.
Shila (kiri) kecewa dengan sikap segelintir pemandu lori.
Shila yang sedang sarat hamil lapan bulan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu lori berkenaan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.