BUKAN untuk kegunaan sendiri sebaliknya juara One In A Million (OIAM) Marygrace mahu menggunakan wang kemenangan sebanyak RM500,000 bagi merialisasikan impian ibu tersayang.
Marygrace atau Marygrace Jane Penserga, 24, berkata, selain bakal menunaikan ibadah umrah di Makkah, dia juga ingin membawa ibu tersayang melancong ke destinasi pilihannya.
“Saya masih rasa macam bermimpi, betul ke ini? Bila jadi juara ini ibarat tiket pengakhiran yang bahagia.
Marygrace tidak dapat menahan sebak ketika diumumkan kemenangannya.