BUKAN sekadar hiburan, penyanyi dan komposer Faizal Tahir berharap album terbaharunya berjudul Jati Diri menjadi inspirasi buat masyarakat dalam mengingati tentang budaya dan identiti sendiri.
Melihat situasi kini di mana orang ramai semakin lupa akan asal usul mereka, Faizal atau Ahmad Faizal Mohamad Tahir, 47, percaya karya-karya ciptaannya kali ini mampu menyuntik semangat dan mengembalikan nostalgia.
Lebih menarik lagi, pelancaran album ini dilakukan dalam satu acara unik dia mana dia sendiri menganjurkan majlis kenduri yang menggambarkan kepentingan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Majlis pelancaran album Faizal dalam suasana kenduri di kampung.