TENANG tanpa perlu bersesak, pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa syukur serta sebak apabila berjaya menyentuh Kaabah selepas tiga hari mencari peluang berkenaan.
Meskipun berdepan ujian dan perlu bersabar, Idhzam atau Muhammad Idzham Ismail, 37, tidak menyangka perjalanannya di Tanah Suci dipermudahkan sehinggalah dia berada di hadapan Kaabah itu.
“Perkara ini saya tunggu tiga hari baru dapat. Hari pertama dan kedua saya tawaf, Kaabah ditutupi pagar kelilingnya.
Idzham menunaikan ibadah umrah bersama dua anaknya.