USAHAWAN Haliza Maysuri tidak lokek berhabis wang ringgit bagi menyambut ulang tahun kelahiran kucing kesayangannya iaitu Money yang ketujuh.
Mana tidaknya, Haliza menempah busana khas daripada jenama Rizalman Couture untuk Money yang sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga mereka.
“Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture macam mama (panggilan Haliza), letop berkilau mewah Swaroskinya,” katanya.
Money dilihat selesa mengenakan busana mewah.