PENYANYI Datuk Hattan teruja apabila bakal berkongsi pentas bersama rakannya Datuk Jamal Abdillah menerusi Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan pada 29 Mac ini.
Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 60, berkata, dia memang sudah lama memasang impian bergandingan dengan Jamal sebagai kejutan buat penonton yang hadir.
“Saya memang mahu berkongsi pentas bersama legenda dalam industri muzik tempatan kerana peminat pastinya teruja menantikan persembahan kami nanti.
Hattan teruja dapat berkongsi pentas dengan Jamal.