TINDAKAN pelakon Linda Hashim berkongsi foto memaparkan kesan lebam pada bahagian pipi dan bibir di laman sosial miliknya menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikut.
Walaupun gambar dimuat naik itu dipercayai watak lakonannya dalam sebuah drama namun ramai merasakan ada mesej cuba disampaikan Linda yang ada kaitan dengan isu rumah tangganya.
Ini termasuk dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga menjadi punca dia memfailkan penceraian terhadap suami yang juga aktor Beego.
Linda mahu segalanya berakhir dengan cepat.