SELEPAS tiga tahun hidup sebagai gelandangan, komposer Ross Ariffin akhirnya berpindah masuk ke sebuah rumah selepas mendapat bantuan daripada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, pihaknya juga akan berusaha bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi memberi peluang kepada Ross, 61, terus berkarya menghasilkan lagu baharu selepas ini.
“Semasa melangkah masuk rumah baharu, Ross macam tak percaya dia akhirnya mempunyai sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas tiga tahun menjadi gelandangan.
Fahmi mendalami kisah hidup Ross.