PENYANYI Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat di Labuan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.
Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Punca kematian masih tidak didedahkan.