PELAKON Kim Seon Ho mengikut cadangan peminat yang memintanya mengunjungi beberapa lokasi menarik di sekitar ibu negara termasuklah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Seon Ho dilihat bersiar-siar di sekitar KLCC dan Dataran Merdeka pada Sabtu.
Malah, aktor berkenaan juga kelihatan tidak sombong dan menyapa peminat yang menegurnya di kawasan tersebut.
Seon Ho sempat merakamkan foto kenangan di Dataran Merdeka.