PELAKON dan penyanyi Kilafairy mendedahkan dia dijangkiti Influenza A selepas melakukan ujian saringan.
Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan kemunculan dalam beberapa acara selain penggambaran di saat akhir kerana jangkitan itu.
“Dijangkiti Influenza A. Maaf saya terpaksa membatalkan beberapa acara selain penggambaran pada minit terakhir,” katanya.
Kilafairy berkongsi mengenai kesihatannya di Instagram.