SUDAH dua tahun memiliki kediaman sendiri, penyanyi dan pelakon Kilafairy bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk terus menetap bersama keluarga.
Kata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, dia lebih seronok sentiasa berada di samping ibunya semasa arwah Rohana Jalil masih hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Kilafairy bersama kakaknya, Shakira (kiri) dan Allahyarham ibunya, Rohana.
“Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun.