PELAKON Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, berkata, individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Jelasnya, dia mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan.
Siaran langsung yang dilakukan oleh Puteri Sarah pada Selasa.