TAMPIL dengan imej berhijab, pelakon Nora Danish memberitahu salah satu faktor yang mendorong dirinya untuk berhijrah adalah kerana sering menghadiri majlis ilmu agama sejak Mei tahun lalu.
Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, dia sendiri merasa malu sekiranya masih tidak menutup aurat memandangkan usianya sudah mencecah 40-an.
“Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain.
Nora akui kerap hadiri majlis ilmu dan mendengar ceramah sebelum bertudung.