PENYANYI Reedzwann menyedari ada segelintir pihak kurang senang dengan kemenangannya bagi kategori Komposer Muda Berpotensi semasa malam Anugerah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang berlangsung pada 11 Disember lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Kahirol Husni, 23, berkata dia tidak pernah mengharapkan kemenangan namun menanggap ia sebagai rezeki selepas tiga buah lagu hasil karyanya mendapat sambutan luar biasa menerusi saluran YouTube.
“Saya tahu ramai yang persoalkan kemenangan saya kerana saya baharu lima tahun dalam industri ini.
Reedzwann anggap setiap anugerah adalah pembakar semangat.