KAKAK sulung Allahyarham Nidza Afham kecewa apabila ada pihak mempermainkan kematian penyanyi berkenaan pada Rabu lalu.
Bengang dengan sikap kurang sensitif tersebut, Irfahanie menegaskan nasib menimpa adiknya tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan.
“Awak rasa okay ke tanya pasal benda macam ini? Tak faham juga manusia rasa benda macam ini boleh gurau.
Irfa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.