SELEPAS tiga tahun tidak muncul dengan lagu baharu, pelakon Hannah Delisha mempertaruhkan single berjudul Akan Tiba khas buat peminat.
Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkata, dia tertarik dengan lagu berkenaan kerana ia mempunyai kekuatan dari segi irama dan lirik yang mampu membuatkan seseorang bersemangat.
“Lagu Akan Tiba bukan lagu biasa sebab ia memberi motivasi dengan mesej penuh inspirasi mengenai harapan dan kekuatan berdepan cabaran dengan penuh semangat.
Lagu Akan Tiba menguatkan semangat Hannah selepas alami keguguran.