PENAMPILAN usahawan Eriyca Baiduri selepas pulang menunaikan umrah menarik perhatian netizen apabila ramai memuji kejelitaannya mengenakan hijab.
Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 35, bagaimanapun memberitahu dia masih belum memakai hijab sepenuhnya namun memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Alhamdulillah doakan yang terbaik insya-Allah, tetapi apa boleh saya katakan saya belum lagi bertudung sepenuhnya.
Madammu tampil bertudung ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok.