JARANG berkongsi kisah kehidupan rumah tangga, penyanyi Bunga Ismemerasakantiada keperluan untuk dia kerap berkongsi perjalanan dilalui bersama suami.
Biarpun berita pernikahannya kini bukan lagi rahsia, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 25, bagaimanapun berpendapat kisah peribadi bukanlah suatu perkara yang perlu ditonjolkan kepada umum.
“Selepas orang tahu kami sudah berkahwin, perasaannya sama sahaja. Tidaklah nak katakan lega atau gembira. Sekarang pun saya jarang berkongsi tentang suami.
Bunga dan Amzar selesa hanya berkongis tentang kerjaya.