PENYANYI terkenal Datuk Francissca Peter meluahkan rasa terharu apabila sebuah syarikat pencetakan tampil dengan koleksi kasut dan baju kemeja T yang dinspirasikan daripada karier muziknya.
Fransisca, 62, menyifatkan produk yang dihasilkan syarikat dikenali Abih Pikior itu sebagai luar biasa selain merasai penghormatan cuba disampaikan kepadanya menerusi koleksi tersebut.
“Saya sangat gembira, terharu dan rasa diberkati kerana mereka memilih dan menjadikan saya sebahagian daripada rekaan terbaharu untuk projek istimewa ini.
Francissca terharu menjadi sebahagian daripada projek istimewa ini.