PENYAMPAI radio Fizi Ali dituduh tidak sensitif susulan memuat naik foto bersama isteri di laman sosial miliknya dengan kapsyen ‘Kekasih Awal dan Akhir’.
Netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana kapsyen berkenaan seolah-olah menidakkan kewujudan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Ramai berasa kasihan dengan Shakilla yang tidak diiktiraf sebagai ‘kekasih’ pertama malah mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak bersama.
Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram milik Fizi.