MINAT mendalam terhadap lagu-lagu popular era 1990-an membuatkan usahawan sensasi Kak KM sanggup berbelanja besar sebagai penaja konsert Rock Legenda Berzaman yang bakal berlangsung 3 Mac ini.
Kak KM atau Liana Rosli berkata, seramai sembilan orang penyanyi popular akan menjayakan konsert berkenaan dan berharap penonton yang hadir akan terhibur.
“Setakat ini saya sudah habiskan wang RM500,000 dan ia belum termasuk lagi promosi secara menyeluruh. Dijangka kos keseluruhan mencecah RM1 juta.
Kak KM pilih sendiri artis yang bakal membuat persembahan.